Pantai Kemasin di Bachok merupakan lokasi
bermainpapan luncur di Kelantan. Masa terbaik untuk meluncur adalah pada bulan
November, Disember dan Januari. Tiga bulan itu ombak lebih besar berbanding
biasa ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup kencang.
Terdapat persatuan papan luncur ditubuh
untuk menjadi medan peminatnya mengadakan aktiviti meluncur secara tersusun dan
berorganisasi, serta mematuhi aspek keselamatan dan meningkatkan kemahiran
ahlinya.
Persatuan tersebut dikenali Kemasin Surfing
Club (KSC) yang dianggotai peminat papan luncur. Mereka menjadikan Pantai
Kemasin sebagai lokasi melakukan aktiviti, selain kawasan lain yang sesuai.
Pantai Kemasin menjadi pilihan kerana
kedudukan yang menghadap Laut China Selatan dengan ketinggian ombak yang besar
setiap kali tempoh Monsun Timur Laut bertiup.
Monsun Timur Laut menghasilkan gelombang
besar serta tiupan angin yang kuat sekaligus menghasilkan ombak 'cantik' dan ia
merupakan waktu paling dinantikan ahli kelab.
Gambar - Shahuri Saidi / BERNAMA
No comments:
Post a Comment