Penduduk di Kelantan gemar makan sare yang
dijadikan kerabu. Kerabu sare terkenal sebagai perisa tambahan dalam hidangan
nasi. Bahan asas untuk membuat kerabu sare adalah sare iaitu sejenis rumpai
laut.
Bahagian lain ialah tumis yang menggunakan santan,
bawang merah, bawang putih, serai, halia, budu, asam keping dan daun limau
purut membuatnya. Manakala sambal kelapa pula adalah sama dengan sambal kelapa nasi kerabu yang
Sare nama yang digunakan di Kelantan dan
Selatan Thailand. Sare adalah sejenis rumpai yang spesies gracilaria dan lebih
dikenali sebagai alga merah (red algae). Alga merah yang diambil dari laut itu
kemudiannya dikeringkan, sebelum dipasarkan.
Alga merah kaya dengan pelbagai khasiat. Antara
kajian yang telah dijalankan terhadap spesies rumpai laut ini adalah berkenaan
perlindungan terhadap sel neuron.
Rumpai laut ini mampu melindungi neuron dan
boleh dijadikan antara pencegah bagi penyakit berkaitan dengan neuron otak
seperti nyanyuk dan kerosakan kognitif ringan.
Kajian juga turut mengaitkan penemuan
sebatian terkini dalam spesies rumpai laut berkenaan yang berpotensi digunakan
sebagai antiradang. Ia kaya dengan antioksidan yang amat baik untuk antibakteria
dan antikanser.
Rumpai laut yang sama dalam kerabu sare
banyak digunakan dalam perubatan dan ramuan makanan di Korea, Jepun dan China
kerana khasiat perubatan yang tinggi.
No comments:
Post a Comment