Saturday, 27 July 2024

TUKUN TIRUAN PENGHALANG PUKAT TUNDA

 
Sebanyak 17 unit tukun tiruan jenis Tukun Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda yang berkonsepkan konservasi telah dilabuhkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Kelantan di Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.
 
Tujuan membina dan melabuhkan tukun tiruan antara lain menyediakan kawasan pembiakan dan nurseri untuk ikan dan lain-lain hidupan marin serta menghalang dan mengawal aktiviti tangkapan pukat tunda di pesisiran pantai.
 
Pembangunan tukun tiruan ini adalah di bawah Projek Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT) yang merupakan projek kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan.
 
Sebanyak RM500,000.00 telah diperuntukkan bagi melabuhkan 17 unit tukun tiruan konservasi di perairan tersebut.
 
Untuk rekod bermula tahun 2007 sehingga 2024 sebanyak 300 unit tukun tiruan pelbagai jenis telah dilabuhkan di sekitar perairan negeri Kelantan meliputi daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dengan peruntukan yang telah dibelanjakan sebanyak RM5,860,000.00.
 
Jabatan Perikanan Malaysia akan membina, melaksanakan program dan melakukan kerja-kerja melabuh tukun tiruan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan serta meningkatkan sumber perikanan agar sentiasa mampan dan menjamin sekuriti makanan negara.

No comments:

Post a Comment