Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan
(Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan yang dibentangkan Kementerian Dalam
Negeri (KDN) diluluskan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 17 Okt 2024.
RUU tersebut yang dibentangkan untuk bacaan
kali kedua pada Mac 2024, diluluskan dengan majoriti dua pertiga ahli Parlimen
selepas ia dibahaskan oleh 70 wakil rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas undi belah bahagi dilakukan.
Sebaliknya, permohonan kewarganegaraan untuk anak itu perlu
dilakukan melalui peruntukan undang-undang lain yang pastinya agak rumit.
Kelulusan pindaan RUU Perlembagaan
Persekutuan berkaitan kewarganegaraan ini dilihat sebagai satu kejayaan buat
semua ibu warganegara Malaysia.
Telah lama usaha dilakukan NGO memperjuangkan agar hak
kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di
luar negara juga terpakai berdasarkan status ibu sebagai warganegara Malaysia.
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment