Sebuah kubu dibina tentera British untuk
mempertahan Kelantan ketika Perang Dunia Kedua yang berada di tebing Sungai
Kelantan bukan baharu ditemui. Dakwaan mengatakan kubu itu terdedah selepas selepas
sebatang pokok besar tumbang susulan runtuhan tanah berhampiran sebuah
kondominium di Jalan Post Office Lama pada 16 Disember 2024 adalah tidak tepat.
Kewujudan kubu tersebut telah lama
diketahui dan tidak pernah “hilang”. Ia sebenarnya kes pengabaian dan tidak
menghargai tinggalan sejarah. Kubu itu terlindung apabila projek pembinaan
benteng dan pengindahan tebing Sungai Kelantan dilakukan kira-kira 10 tahun
lalu.
Isu penjagaan dan pemeliharaan kubu
tersebut sudah banyak kali disiarkan di dalam akhbar sebelum itu. Malah, ia
pernah menjadi sarang penagih dadah dan menjadi stor kepada peniaga yang
berniaga di kawasan tersebut.
Sebab itu, ada pihak yang telah berusaha membuat
pintu pagar besi untuk mengelak orang ramai menyalah guna kubu tersebut untuk
tujuan tidak baik.
Memang eloklah jika ada usaha pihak
tertentu untuk memelihara dan menjadikan kubu tersebut sebagai tarikan
pelancong setelah ia muncul kembali. Namun, janganlah ia sekadar tindakan
ketika baharu timbul dan terbiar kemudiannya.
Gambar Bernama
No comments:
Post a Comment