Saturday 25 November 2017

CARA JADI WARGANEGARA IKUT KONSEP JUS SOLI

Kita menyedari bahawa kaum Cina dan India adalah orang dagang atau imigran. Kemasukan mereka ke Tanah Melayu dibawa oleh pihak Inggeris untuk menjadi buruh. 
 
Setelah menyedari peluang pekerjaan yang banyak di Tanah Melayu, kemasukan secara besar-besaran telah berlaku, Tanah Melayu menjadi lubuk emas bagi imigran Cina dan India. 

Kemasukan yang tidak terkawal ini menyebabkan jumlah pendatang meningkat secara mendadak dan melebihi bilangan penduduk Melayu. 
 
Perkara ini menimbulkan keresahan penduduk Melayu apabila Inggeris memberi kerakyatan secara mudah kepada mana-mana kaum Cina dan India yang dilahirkan di Tanah Melayu.

Konsep kerakyatan yang diberikan itu berdasarkan prinsip Jus Soli. Jus soli berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud hak untuk kawasan. 
 
Perkataan itu diguna pakai dalam bahasa Melaya sepertimana dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran negara itu.

Di Tanah Melayu prinsip Jus Soli telah diperkenalkan pada tahun 1945 oleh British dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946. 
 
Prinsip kerakyatan secara Jus Soli lebih menguntungkan orang dagang atau imigran kerana mereka dapat memperoleh kerakyatan dengan mudah di sesuatu tempat.

Menyedari prinsip Jus Soli mengancam kedudukan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menolak prinsip Jus Soli dalam pemberian kerakyatan kepada kaum imigran. 
 
Bagaimanapun, orang Melayu tidak mampu menolak sepenuhnya prinsip Jus Soli. Pihak Inggeris tidak mahu memberi kemerdekaan jika soal kerakyatan kepada kaum imigran tidak diselesaikan. 
 
Maka, di sinilah berlaku tolak tarik di antara orang Melayu, Inggeris dan kaum imigran. 

Kaum Melayu mengambil pendekatan wasattiyah dalam menangani persoalan kerakyatan kaum imigran. Orang Melayu menerima prinsip Jus Soli tetapi dengan beberapa syarat. 

Melalui pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengetatkan syarat kerakyatan Jus Soli. Antara syarat itu adalah:
- Penduduk bukan Melayu mesti tinggal di Persekutuan Tanah Melayu tidak kurang daripada 10 tahun.
- Kedua-dua ibubapa mereka mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
- Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai tempat tumpah darahnya; dan
- Bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Satu lagi kaedah mendapat kerakyatan ialah mengikut jus sanguinis iaitu berdasarkan hak darah atau mengikut keturunan.

No comments:

Post a Comment