Saturday 11 January 2020

KESALAHAN TIDAK MEMBAWA KAD PENGENALAN


Jangan pandang mudah soal membawa kad pengenalan. Poket anda boleh robek dan mungkin meringkup di penjara. Ini kerana keselahan tidak membawa kad pengenalan atau tertinggal boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara 3 tahun.

Kesalahan tidak membawa kad pengenalan nampak remeh tetapi berat. Anda mungkin beranggapan sudah memiliki kad pengenalan dan diakui sebagai warganegara sudah membolehkan anda bergerak bebas di Malaysia. 

Sedangkan hakikat sebenarnya, ke mana sahaja ada pergi perlu dibawa bersama-sama dengan kad pengenalan. 

Kesalahan tidak membawa kad pengenalan atau tertinggal boleh didakwa di bawah Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPN).

Peraturan 6 adalah berkenaan tanggungjawab penyimpan kad pengenalan yang memperuntukkan bahawa siapa-siapa yang diisukan dengan kad pengenalan, Pada setiap masa perlu membawa kad pengenalannya dan bertanggungjawab ke atas penyimpanan kad pengenalan tersebut.

Ayat di atas adalah secara terperinci yang diperuntukkan dalam peraturan tersebut. Bermakna jika anda mempunyai kad pengenalan tetapi anda tidak bawa, masih bersalah. Kata kuncinya adalah “membawa dan menyimpan” kad pengenalan dan bukan semata-mata “mempunyai dan berdaftar”. Maksudnya jangan tinggal dalam almari rumah.

Bagi kesalahan dibawah Peraturan 6 ini boleh didenda di bawah Peraturan 25(1)(n) iaitu kegagalan mematuhi peraturan 6 yang boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Andai kata anda berjaya merayu untuk kesalahan ini dan hanya didenda RM1,000 dan bukan maksimum RM20,000, itu masih duit juga dan masih juga perlu hadapi proses yang merunsingkan. 

Jadi apalah salahnya, bawalah sekeping kad pengenalan itu dan letak dalam poket anda. Elakkan masalah.

No comments:

Post a Comment