Monday 12 October 2020

CARA ATASI JIWA KACAU TIDAK TENANG

Ada orang yang hidupnya sentiasa dalam kesempitan walaupun gaji bulanan 6 angka, ada pula yang yang berpendapatan 3 angka tetapi bahagia, segala keperluan cukup dan masih boleh bersedekah.

Ada pula yang sentiasa serabut, fikiran tak tenang dan hidup terasa kosong walaupun dikelilingi keluarga dan sahabat handai. Tak kurang juga mereka yang tiada siapa-siapa, sebatang kara tetapi bahagia dan sentiasa tersenyum.

Berlaku situasi di mana fikiran jadi serabut sehingga membuatkan hati jadi jadi gelisah. Macam-macam hal yang difikirkan, tapi masalah tak selesai-selesai juga.

Makin difikir makin berserabut dibuatnya, dan lebih besar masalah yang dirasakan sedangkan masalah itu kecil saja, tetapi disebabkan terlalu over-thinking terhadap masalah, hasilnya akan bertambah serabut. Jadi, saya nak kongsikan sedikit tips untuk menenangkan fikiran.

Apabila diri kita dalam keadaan negatif, fikiran berserabut dan jiwa kacau, sepatutnya jangan terlalu melayani perasaan itu kerana ia akan memberi kemudaratan kepada diri kita.

Di sini saya ingin berkongsi tip untuk menghentikan pemikiran negatif yang sedang berserabut tersebut:-
- Tingglkan seketika tempat atau keadaan yang menjadi punca fikiran berserabut.
- Ambil wuduk
- Solat sunat taubat / Solat fardu kalau sudah masuk waktu
- Doa (mohon pada perkara yang kita nak bukan sebaliknya)
- Duduk tegak rehat dan bertafakur
- Fokus minda anda berserah hanya kepada Allah agar segala masalah dihilangkan.
- Sambil tarik nafas dalam-dalam...
- Kekalkan fokus
- Hembuskan nafas... tetap fokus
- Ulangi langkah ini sehingga fikiran kembali tenang.

No comments:

Post a Comment