Monday 14 June 2021

COVID-19 ragut nyawa suami, 14 jiran saya

 
"Jangan lupa, hari kelima jemput ayah balik, masa tu mesti dah lega," pesan si suami dengan penuh yakin kepada anak-anaknya pada 30 Mei lepas, sebelum menaiki ambulans menuju pusat kuarantin. 
 
Seperti dijanjikan, si suami benar-benar 'pulang' pada hari kelima. 
 
“Hari tu, sebelum pergi ke pusat kuarantin, arwah sempat bergurau dengan anak-anak dan siap buat video rakamkan perjalanannya ke pusat kuarantin,” cerita si isteri. 
 
Menurut si isteri, wabak Covid-19 bukan sahaja menyebabkannya kehilangan tulang belakang keluarga, malah 14 jiran yang tinggal di kawasan perumahan sama turut 'dirampas', dalam tempoh hanya kira-kira dua minggu. 
 
Diharap ia menjadi pengajaran untuk kita semua. Jaga diri, jaga keluarga. 
 
Kisah dari media

No comments:

Post a Comment