Wednesday 21 July 2021

BUAH TUTONG JENIS DURIAN HUTAN

Durian banyak jenis. Ini termasuk kategori durian hutan atau yang tumbuh secara meliar tanpa ditanam. Pun begitu, ada juga peminat durian hutan yang menanamnya di kebun atau kawasan tertentu. 
 
Salah satu jenis durian hutan dikenali buah tutong. Buah tutong ditemui di Sarawak dan kawasan lain di Borneo. 
 
Di negara Brunie terdapat kawasan yang dikenali Tutong, yang dipercayai diambil nama sempena nama pokok tutong. 
 
Buah tutong mempunyai duri yang panjang dan lembut.

No comments:

Post a Comment