Thursday 27 January 2022

MANUSKRIP AL-QURAN TERTUA DI DUNIA

  
Manuskrip al-Quran tertua di dunia berusia lebih 1,370 tahun yang ditemui dipercayai ditulis individu yang mengenali Nabi Muhammad SAW. 
 
Tinggalan sejarah berharga yang dipercayai ditulis kurang 20 tahun selepas kewafatan Rasulullah itu milik Universiti Birmingham, London. 
 
Analisis radiokarbon yang dilakukan di Universiti Oxford menunjukkan naskhah itu dihasilkan sekitar 568 hingga 645 Masihi dengan ketepatan 95.4 peratus. 
 
Ujian itu memang penemuan mengejutkan di dalam koleksi Universiti Birmingham, malah manuskrip ini tidak mustahil dihasilkan dalam tempoh beberapa tahun pengasasan Islam. 
 
Nabi Muhammad menerima wahyu antara 610 hingga 632 Masihi bererti kemungkinan besar orang yang merekodkan manuskrip ini juga hidup pada masa itu, malah mungkin turut mengenalinya. 
 
Tulisan ini mampu menyokong pandangan bahawa teks al-Quran tidak diubah dan ditulis tidak lama selepas diwahyukan. 
 
Manuskrip berkenaan sebahagian daripada koleksi Mingana bagi manuskrip Asia Barat merangkumi dua kekulit serta ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama.

No comments:

Post a Comment