Wednesday 16 March 2022

BANK MAKANAN ASNAF BANTU FAKIR MISKIN

  
Program Bank Makanan Asnaf adalah satu inisiatif amal bagi meringankan beban hidup golongan fakir dan miskin dengan objektif utamanya iaitu Sepakat Membasmi Kelaparan dengan kerjasama pelbagai NGO di seluruh Malaysia menyalurkan bantuan sedekah. 
 
Konsepnya adalah pelanggan di kedai-kedai terlibat mendermakan barang makanan kering atau wang tunai yang boleh diletakkan sendiri di tempat yang disediakan. 
 
Kemudian, sukarelawan yang ditugaskan akan membawa makanan kering tersebut untuk disimpan di stor. Barang-barang tersebut akan diagih-agihkan kepada pernerima di kalangan fakir dan miskin yang dipilih. Agihan akan dilakukan sebulan sekali. 
 
Bagi mereka yang mensedekahkan wang, ia akan digunakan untuk membeli makanan kering. 
 
Program Bank Makanan Asnaf antara lain bermatlamatkan untuk menjadi pusat rangkaian saluran bantuan makanan kering untuk beribu-ribu keluarga fakir dan miskin dengan kerjasama rangkaian NGO seluruh negara. 
 
Ia juga bertujuan untuk mengembangkan inisiatif ini kepada rangkaian-rangkaian pasar raya yang lain di Malaysia. 
 
Ia juga diharapkan dapat menambahbaikkan tambahan jenis bantuan kepada fakir miskin dengan sokongan mentor-mentor koporat berjaya dalam pelbagai bidang. 
 
Program ini juga diharapkan menepati sasaran moto Sepakat Membasmi Kelaparan dengan sokongan rangkaian NGO seluruh Malaysia dengan rangkaian pasar raya. 
 
Matlamat penubuhan Program Bank Makanan Asnaf juga diharapkan menjadi organisasi yang tersusun dan dipercayai mampu menyalurkan bantuan makanan kering kepada fakir dan miskin setempat yang memerlukan. 
 
Di Kelantan, antara lokasi yang ditempatkan di Billion Kota Bharu yang dikendalikan oleh Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan. 
 
Melalui kewujudan Bank Makanan Asnaf, Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan mengagihkan secara bulanan kepada penerima yang tersenarai sebagai penerima bulanan yang kini jumlahnya mencapai 1010 orang. 
 
Selain itu, Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan juga membantu NGO lain yang memerlukan barangan untuk program yang melibatkan golongan asnaf dan mualaf.
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021

No comments:

Post a Comment