
Kalau berniaga, tidak kisahlah kecil atau besar, bermusim atau sepanjang masa, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah membuat iklan. Sekarang ini tidak sukar untuk membuat iklan. Tidak perlu kos dan kemahiran yang tinggi untuk membuat iklan.
Kalau berniaga untuk barangan atau
perkhidmatan masyarakat setempat, sudah memadai membuat iklan di media sosial,
terutamanya di kumpulan WhatsApps.
Iklan yang dibuat perlu
mengandungi hal-hal berkaitan dengan operasi perniagaan tersebut, contohnya
tempat operasi, jenis barangan atau perkhidmatan, masa operasi, nombor untuk dihubungi
dan maklumat yang lain untuk membantu bakal pembeli berminat untuk membeli atau
mengguna perkhidmatan yang ditawarkan.
Definisi iklan: pemberitahuan kepada orang
ramai melalui surat khabar, TV, radio, media sosial dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment