Friday 30 August 2024

TANAM KELADI MUDAH DILAKUKAN

 
Keladi memang banyak ditanam di kawasan rumah. Banyak jenis keladi yang biasa ditanam di Malaysia seperti keladi mawar, keladi telur, keladi cina, keladi hitam, keladi pinang dan keladi bugis.
 
Ubi keladi boleh dimakan apabila direbus, dibakar, digoreng, dibuat pengat dan pelbagai jenis masakan lain. Ada juga batang atau pelepah keladi yang dijadikan sayur.
 
Penanaman keladi perlukan anak benih yang diambil daripada sulur umbi. Bila benih ini diambil dari tunas umbisi sebaiknya tunas itu diambil dari pokok keladi yang telah berumur 5-7 bulan iaitu tunas kedua dan dan ketiga.
 
Cara lain mendapatkan anak benih ialah melalui tunas umbisi. Pilih umbisi yang hampir dengan waktu untuk tumbuh. Ia kemudian perlu dipotong dan tinggalkan satu mata bakal tunas. Umbi yang diiris dibiarkan kena angin dulu dan semasa dialih ketapak semaian pastikan medianya telah dicampur dengan bahan abu. Apabila benih ini telah mempunyai daun 2-3 helai sebaiknya anak benih umbi ini telah sedia untuk ditanam pada ladang.
 
Penanaman keladi memerlukan kawasan tanah sesuai yang subur dan mempunyai sistem saliran baik. Tanah gambut dan tanah lom berpasir sesuai ditanam dengan keladi untuk pembentukkan umbisinya.
 
Keladi perlukan air yang banyak untuk proses tumbesaran. Sebab itu banyak keladi ditanam di tanah lembab. Biarpun kebanyakan jenis keladi boleh di kawasan berair, namun ia tidak tidak menghasilkan ubi yang baik.
 
Sebab itu, jika musim kemarau, pokok keladi perlu disiram setiap hari atau beberapa hari sekali. Elok jika buat sistem penyiraman menggunakan batang paip.
 
Penanaman benih keladi dengan meletakkan benih pada kedudukan tegak lurus di tengah-tengah celah lubang penanaman dan kemudian ditimbus sedikit dengan tanah supaya ianya boleh berdiri tegak. Kerja menimbus tanah ini kira-kira 7 cm di mana sebaiknya ia di tanam tidak seluruh benihnya tertutup oleh tanah.
 
Kawalan rumpai biasanya dilakukan pada umur 1 bulan selepas ia ditanam. Kawalan rumpai dilakukan kerana ia akan menjadi saingan kepada tanaman keladi daripada mendapat sumber air, baja dan cahaya matahari.  
 
Bagi tujuan untuk dapatkan umbisi keladi yang lebih besar sebaiknya dilakukan kerja menimbun tanah pada perdu pokok keladi ini. Ia dilakukan dengan cara menutup pangkal batang dan juga bahagian akar menggunakan tanah.  
 
Apabila tanaman keladi berumur 6-9 bulan ada beberapa jenis keladi yang boleh dituai tetapi kebanyakan keladi sesuai untuk dituai sekitar 1 tahun selepas menanam.


Gambar atas dan bawah - keladi mawar

No comments:

Post a Comment