Monday 30 September 2024

PANGLIMA 8 BRIGED TERIMA GELARAN DATUK

 
Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd), Brig Jen Muzamil Ali telah dikurniakan Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (D.P.K.K.) yang membawa gelaran Datuk sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-55 pada 29 Sept 2024.
 
Majlis pengurniaan yang berlangsung penuh istiadat di Istana Balai Besar, Kota Bharu itu adalah satu pengiktirafan khidmat dan bakti Muzamil sepanjang menerajui 8 Bgd.
 
Sesungguhnya, penganugerahan darjah kebesaran tersebut juga satu penghargaan kepada seluruh warga 8 Bgd khasnya dan warga Angkatan Tentera Malaysia amnya.
 
Acara sambutan keputeraan dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja di Istana Balai Besar dan diikuti Perbarisan Kehormat di Padang Merdeka, seterusnya disusuli dengan majlis pengurniaan kehormatan kebesaran negeri.
 
Beberapa acara turut disediakan untuk orang ramai sempena perayaan ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 ini, antaranya Majlis Taman, pesta air, pesta flora dan 'Kelantan Mountain Bike Challenge 2024' (XCO).





No comments:

Post a Comment