Pada 6 Ogos dan
9 Ogos 1945, Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki
yang memusnahkan kedua-dua bandar tersebut. Pada 9 Ogos pula, Rusia melancarkan
serangan mendadak ke kedudukan Jepun di Manchuria.
Akibat
kedua-dua kejadian itu, Maharaja Jepun memerintahkan Dewan Penasihat Tentera
untuk menerima syarat-syarat yang ditawarkan Pihak Berikat berkaitan menyerah
kalah dan menamatkan perang.
Upacara
Penyerahan Kalah diadakan pada 2 September 1945 di atas kepal perang Amerika
Syarikat Missouri. Dokuman itu telah ditandatangi oleh Pejabat Pemerintah Jepun
yang secara rasminya menamatkan Perang Dunia Kedua.
Setelah berakhirnya perang, Maharaja Jepun, Hirohito tidak bertanya berapa banyak anggota
tentera yang masih hidup, namun baginda bertanya kepada jenderalnya
"Berapa jumlah guru yang masih hidup?
"Kita telah kalah kerana kita tidak belajar. Kita kuat
dalam strategi perang, tapi tidak tahu cara membuat bom sedahsyat itu. Maka
kumpulkan sejumlah guru yang masih hidup di seluruh pelosok negara ini, kerana sekarang
kepada merekalah kita akan bertumpu, bukan kepada kekuatan pasukan!" –
Maharaja Hirohito
No comments:
Post a Comment