Monday, 14 April 2025

TEMPAT PUSING KEPALA KERETA API

 
Di stesen kereta api atau depoh kereta api yang terletak di hujung landasan, perlu ada satu tempat yang dipanggil meja pusing (turn table), iaitu tempat untuk "pusing" kepala kereta api (lokomotif) untuk menghala ke arah bertentangan. 

Lokomotif akan memasuki turn table yang ada landasan di atasnya. Kemudian lokomotif telah berada di atas turn table akan dipusingkan secara manual.
 
Keunikan turn table ini terletak pada titik graviti yang sangat sempurna, iaitu boleh dipusingkan dengan menggunakan tenaga dua atau tiga orang kakitangan sahaja dalam satu-satu masa atau operasi.
 
Keseimbangan graviti membolehkan turn table dapat memusingkan lokomotif dengan mudah sesuai dengan berat beban.  
 
Bagaimanapun, turn table ini tidak lagi digunakan apabila kebanyakan kereta api kini kategori unit gandaan yang boleh bergerak melalui dua arah bertentangan.
 
Turn table manual terakhir di Malaysia yang terletak di Tumpat dibongkarkan pada 26 Jun 2021, setelah 108 tahun digunakan. Tujuan ia dibongkarkan adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf landasan baharu yang menghubungkan Depoh Tumpat ke bahagian pencucian tren.
 
Turn table tersebut ditempatkan di lokasi baharu sebagai simpanan sebahagian sejarah kereta api untuk tatapan generasi akan datang.
 
Untuk rekod, turn table mula digunakan pada tahun 1913 di Depoh Stokereta Tumpat, Kelantan yang pada ketika itu di bawah pentadbiran Federated Malay States Railway (FMSR). Ia dibina di England dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh Syarikat Patent Shaft & Axletree Engineers Co. Ld. 




Kredit pemilik gambar asal

No comments:

Post a Comment