Monday 23 May 2016

Sejarah pembukaan bandar Kota Bharu

Sejarah Kota Bharu bermula dengan pembinaan kota tempat bersemayam raja Kelantan. Sebelum Kota Bharu, ibu negeri Kelantan terletak di beberapa tempat seperti di Kota Jembal, Kota Kubang Labu, Kota Pulau Saba dan Kota Pengkalan Galuh (berdasarkan kedudukan istana di mana pemerintah Kelantan bersemayam). 
 
Pada masa dahulu memang tidak ada nama tempat yang diiystiharkan sebagai ibu negeri. 

Sebelum Kota Bharu dibuka, pusat pemerintah Kelantan terletak di Kota Pulau Saba berhampiran Kampung Cina sekarang.

Setiap kali musim banjir, pulau itu semakin terhakis dan membahayakan kedudukan kota. Biarpun telah dilakukan lencungan air dengan membina Sungai Raja Gali (di kawasan Pasir Pekan), namun ia tidak menjamin keselamatan Kota Pulau Saba. 
 
Sungai yang digali itu sekadar berfungsi setahun kerana berlaku banyak mendapan pasir dan lumpur.

Justeru, Sultan Muhammad 11 yang memerintah Kelantan pada ketika itu telah menitahkan agar dibina sebuah kota baharu untuk baginda bersemayam. 
 
Di dalam kota baharu ini dibina balai besar dan rumah-rumah untuk kediaman kerabat serta pembesar. Kota baharu itu telah dibuka pada tahun 1844.   

Sultan Muhammad 11 telah bersemayam di sebuah istana digelar "Kota Baharu". Kawasan kota juga dipanggil kota baharu. Maka wujud kekeliruan apabila disebut 'kota baharu' itu sama ada merujuk kepada nama istana atau nama kota.

Untuk mengelak kekeliruan itu, maka nama istana dikenali Istana Balai Besar dan kawasan kota serta sekitarnya dikenali kota baharu. 
 
Nama kota baharu kemudian dikenali sebagai nama tempat Kota Bharu yang kini menjadi ibu negeri Kelantan.

Manakala Istana Balai Besar masih kekal sampai sekarang yang dijadikan sebagai istana untuk istiadat seperti majlis penganugerahan darjah kebesaran dan pingat sempena sambutan keputeraan Sultan Kelantan. 

Sejak dibuka, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Kedudukan berhampiran dengan Sungai Kelantan memberi banyak kelebihan kerana kapal dagang dapat berlabuh berhampiran dengan Kota Bharu. 

Kota Bharu kini pasat membangun dan menjadi bandar terbesar di Pantai Timur. 

Sunday 22 May 2016

Syariah aturan ditetapkan agama

Secara etimologi, syariah bererti aturan atau ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada hamba-Nya. Secara terminologi pula, syariah bermaksud penerapan seluruh aspek kehidupan, sesuai ajaran Islam yang berkait masalah ibadat umum dan khusus yang dinisbahkan kepada sumber hukum Islam.

Mahmud Syaltut mendefinisikan syariah sebagai aturan ditetapkan Allah SWT, supaya manusia mengadaptasi aturan itu untuk mengatur hubungan diri dengan Tuhannya dan hubungan dirinya dengan saudaranya Muslim, bukan Islam serta hubungan dengan alam semesta.

Hal yang demikian dapatlah difahami apabila Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah SWT menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat saja, tetapi Allah SWT hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu." (Surah al-Maidah, ayat 48)

Oleh itu, syariah adalah satu cara hidup bagi umat Islam dan ia tidak hanya perlu diamalkan mengikut bahagian tertentu saja. Namun dalam pelaksanaan syariah, kita perlu teratur dalam melaksanakannya kerana khuatir ia akan mendatangkan fitnah terhadap pelaksanaan syariah kerana tidak dipandukan nas jelas.

Menelusuri sejarah, kita akan mendapati penjajahan terhadap masyarakat Islam memberi kesan besar dengan meminggirkan sistem kehakiman dan undang-undang syariah yang mana bidang kuasa syariah dihadkan kepada undang-undang diri serta beberapa aspek kecil sahaja.

Pembebasan penjajahan tidak secara automatik membebaskan umat Islam daripada belenggu penjajahan itu sendiri kerana benih penjajahan sudah bersemadi dalam jiwa umat Islam sepanjang tempoh dijajah.

Walaupun secara undang-undang negara sudah merdeka, namun pemikiran dan ketaatan kepada penjajah masih utuh dalam minda masyarakat. Hasilnya, kita dapati orang Islam sendiri menentang usaha mengarusperdanakan syariah.

Syariah tidak wajar diharmonikan dengan undang-undang lain tetapi undang-undang lain itulah yang perlu diasimilasikan supaya tidak tergelincir daripada landasan syariah. Tiada pilihan bagi umat Islam untuk memilih jalan selain daripada Islam kerana umat Islam tidak teruja dengan kehebatan kemampuan akal fikiran manusia.

Ini disebabkan betapa hebat manapun kemampuan akal fikiran manusia, ia masih lagi di bawah takluk dan kawalan Yang Maha Esa. Begitu juga kebejatan akhlak, sahsiah diri dan tatasusila dalam masyarakat adalah hasil pengasingan agama daripada kehidupan seharian. Jika benarlah nilai hidup Barat itu yang terbaik kenapa masyarakat Barat sendiri seolah-olah tercari-cari arah tujuan dan penanda aras bagi masyarakat mereka?

Malah pandangan sekularisme yang membantah pemerintah mengawal moral atau sahsiah diri menjadi pemangkin kepada kerosakan akhlak masyarakat kerana terlalu bebas melakukan tindakan yang mereka fikirkan baik tanpa sesuatu piawaian yang selaras. Masyarakat menjadi lunak mengenakan gaya hidup yang mereka dambakan tanpa mengambil kira kepentingan umum.

Cara betul guna skincare

Cara guna skincare agar lebih berkesan. Wanita tidak lepas daripada menggunakan Skincare. Tidak kisahlah yang berjenama terkenal atau yang biasa-biasa saja.  

Set asas skincare yang ada di pasaran ialah 3 dalam 1 yang mengandungi sabun, krim siang dan krim malam.  


Manakala set lengkap pula biasanya turut ditambah toner dan serum.

Cara guna skincare secara asasnya sama untuk semua produk. Mungkin ada sedikit beza hanya pada produk tertentu saja.

Waktu Siang
- Cuci muka dengan sabun. Lap kering.
- Pakai toner (jika ada) Sapu guna kapas.
- Pakai serum (jika ada)
- Pakai krim siang.
- Pakai sunblock (jika ada)
- Makeup seperti biasa.

Waktu Malam - elok dilakukan setengah jam sebelum tidur.
- Cuci muka dengan sabun. Lap kering.
- Pakai toner (jika ada) Sapu guna kapas.
- Pakai serum.
- Pakai treatment cream (jika ada)
- Pakai krim malam.

Semoga matlamat ini bermanfaat kepada anda. Selamat mencuba semua.