Monday 4 November 2019

HO CHI MINH VIETNAM DAHULUNYA DIKENALI SAIGON

Ho Chi Minh.. Dahulu dikenali sebagai Saigon. Ia merupakan antara bandar raya paling terkenal di Vietnam. Saigon dahulu juga adalah ibu negara bagi Vietnam Selatan dari tahun 1955 hingga ke 1975.

Ho Chi Minh juga turut diklasifikasikan sebagai "Beta+ World City" oleh organisasi "Globalization and World Cities Research Network (GaWC)."

Nama Saigon ditukar kepada Ho Chi Minh diambil sempena nama Perdana Menteri Vietnam Utara 1945-1955 dan juga Presiden Vietnam 1945-1969 iaitu Hồ Chí Minh.

No comments:

Post a Comment