Sunday 10 November 2019

BUNGA DURIAN BOLEH DIJADIKAN SAYUR

Banyak orang tidak tahu bunga durian juga boleh dimakan. Boleh dijadikan rendang cili padi, tumis goreng belacang dan menu lain yang sesuai dengannya.

Sama sahaja cara memasaknya seperti hidangan sayur yang lain. Anggap sahaja bunga durian itu macam taugeh atau kacang cambah.

Sebelum dimasak, bunga durian perlu celur beberapa minit untuk membuang lendir dan getah. Selepas ditoskan, siap untuk dimasak mengikut menu pilihan seperti goreng kosong, goreng bersama ikan bilis atau bawang, masak lemak dan masak belacan.

Memandangkan musim durian bermusim, ambillah kesempatan jika ada durian sendiri di kebun. Rasakan keunikan dan kelainan rasanya. Mencuba sesuatu yang jarang kita berpeluang merasainya.

Selain rasanya yang sedap, bunga durian juga sesuai digunakan sebagai ikhtiar mengubati penyakit kuning, tekanan perasaan dan kemurungan. Bunga durian kaya dengan vitamin B6.

Nanti jika tiba musim durian, bolehlah mencari bunga durian untuk merasa macam mana sedapnya sayur bunga durian. 

No comments:

Post a Comment