Dalam kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur
menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan
serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33).
Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya
serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga
memperagakan fesyen pakaian.
Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya
tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua,
menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.
Kumpulan pertama menutup aurat dengan
sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari
bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam
menutup aurat.
Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak
sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar
melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada
diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung
tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita
Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak
tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam
positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.
Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak
menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira
baik. Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?
Itulah manusia yang banyak sangat beralasan
dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam
urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.
Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi
sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Manusia
itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Allah menjadikan rupa paras wanita dengan
keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah
yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan
hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri
seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah
sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana
hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai
'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala
perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)
Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan
berpendapat: "Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup
(kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat
leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir,
jld: 3, hlm: 482-483).
Manakala Abu Ubaidah berpendapat: "Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)
Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.
Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.
Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.
Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

No comments:
Post a Comment