Sunday 19 September 2021

PUTD terima helikopter tempur ringan model MD 530G

 
Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) menerima enam unit helikopter tempur ringan model MD 530G.

Model ini berasaskan kepada struktur sebelumnya iaitu MD 530F yang ditingkatkan keupayaan kejuruteraan dengan teknologi terkini termasuk keupayaan sebagai jentera penyerang.

Selain Amerika Syarikat, banyak negara lain turut menggunakan helikopter ringan jenis ini untuk pasukan tentera sejak versi pertama yang dikenali sebagai model 500D dikeluarkan pada 1976 lalu.

PUTD ditubuhkan pada 1994 dengan markas di Pangkalan Udara Kluang, Johor serta ketika ini memiliki 10 helikopter Agusta-Westland A109H dan empat helikopter Sikorsky S-61A4.

Dua model pesawat udara berkenaan ditempatkan masing-masing dalam Rejimen 881 dan 882, manakala enam helikopter terbaharu itu belum ditentukan lagi penempatan skuadron.

Pasukan ini merupakan satu kor dalam Tentera Darat Malaysia yang berperanan memberi bantuan udara di medan tempur kepada mana-mana unit formasi ketenteraan tersebut. 

No comments:

Post a Comment