Monday 27 September 2021

Cabaran ATV Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian

  
Semakin banyak lahir pengusaha menyediakan perkhidmatan ATV. Ia wujud selari dengan permintaan tinggi terhadap aktiviti lasak mengguna ATV. 

Salah satu tempat yang menyediakan perkhidmatan ATV ialah di ATV Pulau Tengah, Kubang Kerian, Kelantan. 

Untuk satu pusingan laluan atau trek mengambil masa kira-kira 45 hingga satu jam. 
 
Apa itu ATV? Ada antara orang yang sudah tahu, dan ada yang masih belum tahu apakah itu ATV? Perkataan ATV ini adalah singkatan kepada All-Terrain Vehicle yang merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak. Kadang-kadang ATV juga didatangkan dengan enam tayar selain empat tayar yang kebiasaannya kita lihat. 
 
ATV juga dikenali sebagai Quad, Quad Bike, Three Wheeler atau Four Wheeler yang telah didefinisikan sebagai sebuah kenderaan menggunakan tayar yang bergerak pada tekanan rendah. 

Seperti namanya iaitu ATV, ia direka untuk menangani pelbagai cabaran yang berbeza daripada kenderaan-kenderaan lain. 
 
Untuk makluman, sebenarnya ATV telah lama bertapak di Malaysia dan semakin hari, semakin banyak tempat-tempat rekreasi yang menawarkan perkhidmatan untuk aktiviti ATV ini. 

Bukan hanya pengusaha pusat rekreasi, malah pengusaha hotel dan resort juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan aktiviti ekstrem ATV ini sebagai salah satu tarikan yang ditawarkan di tempat mereka. 

Seperti mana negara lain, ATV juga dilarang untuk dipandu di atas jalan raya Malaysia. 
 
ATV dilihat kian menjadi satu trend kepada anak-anak muda yang gilakan cabaran dan kepuasan melalui aktiviti ekstrem seperti ini.

No comments:

Post a Comment