Tuesday 7 December 2021

KHASIAT TERKANDUNG DALAM POKOK GINGKO

  
Pokok gingko dianggap herba penting di China dan Korea. Ia telah diamalkan sejak lama dahulu. Ketahui khasiat terkandung dalam pokok gingko.

1. Minda
Gingko sering dianggap sebagai perangsang minda di mana ia dikatakan berkesan untuk merawat dementia atau nyanyuk dalam kalangan warga tua.

Saintis berpendapat, gingko dapat mengembangkan saluran darah sekaligus membantu pengaliran darah ke otak dan bertindak sebagai antioksida. 

Bahan utama dalam gingko seperti flavanoid dan terpenoid adalah agen penting yang dapat menghalang kerosakan sel otak yang menyebabkan penyakit Alzhaimer serta penyakit lain berkaitan otak.

2. Membaiki pengaliran darah
Oleh kerana dipercayai gingko boleh memperbaiki aliran darah, kajian telah dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah kurang aliran darah ke kaki. Mereka yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran untuk berjalan dan berasa sakit ketika berjalan. 

Analisa daripada lapan kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil gingko cenderung untuk berjalan kira-kira 34 meter lebih jauh daripada mereka yang mengambil penawar.

Bagaimanapun, senaman dan latihan berjalan menunjukkan keputusan yang lebih baik daripada gingko dalam meningkatkan jarak berjalan kaki.

3. Mata
Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo juga dipercayai boleh membantu memberhentikan atau mengurangkan beberapa masalah berkaitan retina, iaitu bahagian belakang mata.

Degenerasi makula yang berkaitan dengan faktor usia adalah penyakit mata yang memberi kesan kepada retina dan boleh menyebabkan buta. 

Terdapat beberapa kajian yang mencadangkan bahawa gingko boleh membantu mengekalkan penglihatan bagi mereka yang mempunyai masalah degenerasi makula ini.

Melihat kepada hasil beberapa kajian, kegunaan gingko memberi harapan baharu bagi individu yang mempunyai masalah degenerasi makula untuk mengatasi masalah penglihatan mereka.

4. Sakit kepala dan migrain
Menurut ilmu perubatan Cina purba, gingko adalah bahan popular untuk merawat sakit kepala dan migrain. Ini kerana gingko mempunyai kesan antiradang dan antioksida.

Malahan, ia dikatakan berkesan untuk sesiapa yang mengalami sakit kepala disebabkan stres melampau kerana puncanya adalah pengaliran darah yang tidak lancar.

Gingko berkemampuan mengembangkan saluran darah yang tersekat, sekali gus mengurangkan sakit kepala anda. 

5. Merawat penyakit asma
Beberapa kajian mendapati gingko mampu merawat simpton penyakit asma dan kesukaran bernafas.

Tumbuhan yang mempunyai bahan antiradang ini dapat mengurangkan keradangan saluran darah dan meningkatkan kapasiti jantung.

No comments:

Post a Comment