Sunday 2 January 2022

PANTAI MELAWI BACHOK SEMAKIN DIKENALI

  
Jajahan Bachok, Kelantan mempunyai kawasan persisir pantai terpanjang di negeri Kelantan, berbanding jajahan Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Putih. Jajahan lain di Kelantan, seperti Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, Gua Musang dan Pasir Mas tidak mempunyai pantai. 
 
Pantai di jajahan Bachok memang cantik dan menjadi tumpuan. Nama yang sudah lama terkenal sudah pastinya Pantai Irama. 
 
Nama lain turut terkenal ialah Pantai Senok dan Pantai Kemayang. Kini satu lagi nama yang tersenarai sebagai pantai peranginan ialah Pantai Melawi. 
 
Pantai Melawi jaraknya hampir 30 km dari Kota Bharu. Sebelum dikenali sebagai pantai peranginan, Pantai Melawi hanya dikenali sebagai perkampungan nelayan. 
 
Namun, sekarang ini banyak penduduknya terlibat dalam sektor pelancongan dengan membuka chalet, rumah tumpangan dan resort. 
 
Kawasan Pantai Melawi kini dibangunkan sebagai pusat reakrasi awam bagi memberi kemudahan kepada rakyat beriadah bersama ahli keluarga. 
 
Pantai Melawi diberi nafas baharu dengan menaik taraf beberapa kemudahan asas seperti pembinaan arca, pintu gerbang, tandas dan surau bagi kegunaan para pengunjung pantai kini sedang giat dijalankan. 
 
Kawasan pantai yang dahulunya terhad dan sempit, kini diperluaskan untuk keselesaan pengunjung. 
 
Usaha dilakukan pihak berkuasa tempatan itu diharapkan akan menjadikan Pantai Melawi menjadi lokasi tumpuan pengunjung pada masa akan datang. 
 

No comments:

Post a Comment