Thursday 17 February 2022

KEMISKINAN ORANG DIBANTU TIDAK WAJAR DITULARKAN

  
Azlan (bukan nama sebenar) adalah anak yatim sejak zaman sekolah. Penyampaian bantuan di tapak perhimpunan sekolah pun dia sanggup tak pergi sebab malu. 
 
Dia pernah melalui saat itu. Sebab tu bila dia berjaya, dia kumpul kawan-kawan dia yang kaya raya, jenis pendapatan 6 angka sebulan, buat program dengan anak-anak sebegini. 
 
Dia bawa anak-anak tu naik kereta mewah dia dan kawan-kawan, bawa pergi makan restoran mahal jenis sekali bayar beratus seorang. 
 
Kemudian bawa pergi beli kasut bola mahal, topi, set sukan dan apa budak-budak tu suka. 
 
Dalam kereta, di restoran, di kedai sukan, dia bagi motivasi dan semangat pada anak-anak itu. Santai, bersahaja tapi sampai ke hati mereka. 
 
Salah seorang yang naik Mustang Azlan masa tu, UPSR budak tu dapat semua A. Rasa budak tu bersemangat dengan cara Azlan motivasi dia. 
 
Azlan tidak pernah cerita kat orang hal ini. Dia tak muat naik di media sosial walau dia pempengaruh (influencer). Sebab dia tahu dan faham bagaimana malunya seorang anak yatim yang dipamerkan segala kesusahan mereka. 
 
Jadi, dinasihatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menularkan sesuatu kisah warga miskin yang dibantu, fikirkan juga perasaan mereka. 
 
Olahan dari media sosial

No comments:

Post a Comment