Perasaan
marah tergolong sifat muzmumah yang mendatangkan banyak keburukan. Imam Ghazali membahagikan marah kepada tiga kategori. Pertamanya cepat marah
tetapi cepat hilang marah. Kedua, lambat marah dan lambat redanya. Manakala
ketiga ialah lambat marah tetapi cepat hilang marah. Maka, kategori ketiga
lebih terpuji.
Menahan
marah dan memaafkan bukan perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah bermaksud:
“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu
termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).
Perasaan
marah sifat semula jadi manusia. Marah ada tempatnya, iaitu mengikut kadar
paling minimun. Perasaan marah memang tidak boleh dibuang terus dari dalam
diri. Apa yang mampu dilakukan ialah menahan ia daripada merebak hingga
membinasakan diri. Jika dizahirkan kena pada tempatnya, marah mendatangkan
kebaikan.
Perasaan
marah timbul apabila ada perkara tidak diingini berlaku pada diri. Kena tipu,
dihina, dikhianati, dikecewakan dan sebagainya boleh menimbulkan perasaan
marah. Kemarahan dizahirkan melalui perkataan, mimik muka, perbuatan atau
perlakuan.
Justeru,
perasaan marah mainan hati yang sifatnya selalu berbolak-bolak mudah mendorong
perbuatan negatif. Tindakan balas dilakukan mendatangkan mudarat kepada diri
sendiri dan orang lain. Kemarahan yang kecil merebak bertambah besar. Keadaan
tidak ubah minyak tanah disimbah kepada api.
Api
kemarahan yang tidak dikawal mudah menguasai seluruh badan. Mata menjadi merah,
perasaan tidak menentu, urat leher timbul, gigi dikacip, bahagian badan
mengelentar dan segala sifat ‘luar biasa’ akan lahir.
Perasaan
marah mengundang syaitan bertapak di dalam hati. Syaitan menghasut keadaan
lebih marah dan melakukan tindakan lebih buruk. Kemarahan mendorong perasaan
permusuhan dan pembalasan. Perasaan membenci, tidak puas hati memenuhi ruang
fikiran.
Hal
demikian semua ditegah oleh agama. Perpaduan umat menjadi musnah dan kejayaan
Islam dinafikan. Perkara ini boleh berlarutan dalam tempoh lama selagi tiada
kemaafan lahir dalam diri.
No comments:
Post a Comment