Monday 1 July 2024

SARE SEJENIS RUMPAI LAUT MERAH

 
Penduduk di Kelantan gemar makan sare yang dijadikan kerabu. Kerabu sare terkenal sebagai perisa tambahan dalam hidangan nasi. Bahan asas untuk membuat kerabu sare adalah sare iaitu sejenis rumpai laut. 

Bahagian lain ialah tumis yang menggunakan santan, bawang merah, bawang putih, serai, halia, budu, asam keping dan daun limau purut membuatnya. Manakala sambal kelapa pula adalah sama dengan sambal kelapa nasi kerabu yang 

Sare nama yang digunakan di Kelantan dan Selatan Thailand. Sare adalah sejenis rumpai yang spesies gracilaria dan lebih dikenali sebagai alga merah (red algae). Alga merah yang diambil dari laut itu kemudiannya dikeringkan, sebelum dipasarkan.

Alga merah kaya dengan pelbagai khasiat. Antara kajian yang telah dijalankan terhadap spesies rumpai laut ini adalah berkenaan perlindungan terhadap sel neuron.

Rumpai laut ini mampu melindungi neuron dan boleh dijadikan antara pencegah bagi penyakit berkaitan dengan neuron otak seperti nyanyuk dan kerosakan kognitif ringan.

Kajian juga turut mengaitkan penemuan sebatian terkini dalam spesies rumpai laut berkenaan yang berpotensi digunakan sebagai antiradang. Ia kaya dengan antioksidan yang amat baik untuk antibakteria dan antikanser.

Rumpai laut yang sama dalam kerabu sare banyak digunakan dalam perubatan dan ramuan makanan di Korea, Jepun dan China kerana khasiat perubatan yang tinggi.



No comments:

Post a Comment