Ikan haruan (Channa striata) adalah spesies ikan air tawar
karnivor yang mempunyai nilai komersial tinggi di Malaysia dan rantau Asia
Tenggara. Ikan ini terkenal bukan sahaja sebagai sumber makanan berprotein tinggi
tetapi juga kerana khasiat perubatannya yang luar biasa.
Dengan permintaan tinggi dalam pasaran tempatan dan eksport,
penternakan ikan haruan berpotensi menjadi industri yang menguntungkan,
khususnya dalam pembangunan warga luar bandar melalui pertanian akuakultur
berasaskan sumber semula jadi.
Ikan haruan berasal dari hutan hujan tropika dan boleh hidup
dalam pelbagai persekitaran termasuk air payau dan air tawar. Ikan haruan hidup
di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai.
Ikan haruan mampu bertahan dalam air bertakung, cetek,
berlumpur dan perairan beroksigen rendah. Ikan ini memiliki sistem pernafasan
tambahan yang membolehkan bernafas terus dari udara, membolehkannya hidup dalam
keadaan oksigen terhad
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia, termasuk lapan spesies
di Sarawak, dua spesies di Sabah dan empat spesies di Semenanjung Malaysia. Spesies
yang berkaitan termasuk ikan toman (Channa micropeltes) dan ikan bujuk (Channa
lucius), yang berada dalam keluarga yang sama tetapi berbeza dari segi saiz dan
habitat
Ikan haruan bersifat monogami, di mana pasangan ikan haruan
akan kekal bersama sepanjang musim pembiakan. Mempunyai daya penguasaan wilayah
yang tinggi, menjadikannya spesies yang sangat kompetitif dalam ekosistem
semula jadi
Ikan haruan bukan sekadar ikan biasa tetapi mempunyai
permintaan tinggi dalam sektor makanan, perubatan, dan industri pemprosesan
ikan. Produk berasaskan ikan haruan seperti pati ikan haruan dan ekstrak
gelatin haruan mendapat permintaan tinggi dalam sektor farmaseutikal dan kosmetik.
Ikan haruan dikenali kerana kelebihan penyembuhan luka dan
pemulihan kesihatan, menjadikannya bahan utama dalam produk kesihatan dan
farmaseutikal (pati ikan haruan, kapsul ekstrak ikan haruan)
Penternakan ikan naruan
secara komersial dilakukan dengan teknologi akuakultur moden, ikan haruan boleh
diternak dalam kolam tanah, kolam simen, sangkar, atau sistem biofloc, yang
menawarkan.
Kos memelihara ikan haruan dianggap rendah berbanding dengan
pulangan yang tinggi. Tempoh ternakan cepat (3–5 bulan untuk mencapai saiz
pasaran). Keperluan makanan yang fleksibel (boleh diberi makan ikan kecil,
serangga, atau makanan formulasi)
Ikan haruan bukan sekadar spesies ikan biasa tetapi
mempunyai potensi ekonomi besar dalam sektor makanan, perubatan, dan industri
pemprosesan.
Melalui penternakan ikan haruan secara komersial, warga luar
bandar berpeluang membangunkan ekonomi mereka sendiri secara berperingkat,
bermula dari skala kecil ke skala besar tanpa kebergantungan kepada bantuan
luar.
Dengan strategi yang betul, industri ikan haruan boleh
berkembang sebagai salah satu tunjang utama ekonomi luar bandar, memberikan
pendapatan mampan kepada masyarakat setempat serta mengukuhkan ekosistem
pertanian dan akuakultur negara.
No comments:
Post a Comment