Paling banyak berita palsu tersebar di negara kita ialah berkaitan pentadbiran negara, parti politik dan ahli politik.
Apabila ada ‘isu’ dan ‘kejadian’, maka macam-macam cerita yang direka untuk memburukkan pentadbiran negara, parti politi dan ahli politik.
Berita palsu ini biasanya dipercayai. Apabila ia dimuat naik di media maya, maka banyak yang akan kongsi atau sebar tanpa usul periksa.
Hakikatnya, berita palsu itu mudah untuk dipastikan kebenarannya dengan terlebih dahulu membuat carian di media maya.
Malang sikap malas membuat semakan dan mencari kebenaran, berita palsu itu disebarkan dengan meluas.
Ingatlah, gambar tidak menceritakan segala-galanya. Gambar tidak boleh dijadikan bukti tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik gambar itu.
Contohnya, gambar Tengku Razaleigh Hamzah yang berada di atas kerusi roda tidak mencerminkan beliau dalam keadaan tidak sihat atau lebih teruk lagi dikatakan sudah lumpuh.
Kerana gambar itu sebenarnya Ku Li sedang membuat ‘pandu uji’ kerusi roda elektrik itu untuk dibeli dan dihadiahkan kepada seorang kawanya.
Gambar itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab apabila ada ura-ura nama Ku Li dicadangkan akan dipersembahkan kepada Agong sebagai calon Perdana Menteri.
Gambar itu disebarkan kononnya Ku Li tidak wajar dipilih disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.
Kepada rakan-rakan, berhati-hatilah untuk berkongsi gambar atau pautan sehinggalah ia diyakini benar-benar sahih. Janganlah kita termasuk orang-orang rugi di akhirat kerana melakukan banyak fitnah di dunia ini.
No comments:
Post a Comment