Benarkah
apabila orang bukan Islam memeluk Islam, maka wajib menukar nama kepada ’nama
Islam’. Itu memang satu amalan yang diamalkan di negara kita.
Namun,
perkara itu bukan pula satu hukum wajib yang ditetapkan perlu dilakukan oleh
seseorang yang baharu memeluk agama Islam atau dipanggil saudara baharu atau
mualaf.
Sebenarnya,
tidak menjadi kesalahan sekiranya seorang saudara baharu tidak mahu menukar
nama asalnya. Mungkin dia mempunyai alasan tertentu. Terutama, nama tersebut
dianggap ’pusaka’ yang perlu kekal dalam hidupnya.
Tambahan
asal itu telah sebati dalam hidupnya dan orang ramai mengenali dirinya
menggunakan nama itu.
Dalam
pada itu, perlu kita memahami ’kebenaran’ menggunakan nama asal itu. Perkara
itu sebenarnya, bukan saja berkaitan saudar baharu, bahkan kepada anak-anak
orang Islam yang baharu dilahirkan.
Kita
semua maklum, nama ada identiti diri. Orang akan mengenali siapa kita
berdasarkan kepada nama. Dalam konteks di negara kita, nama akan
melambangkan bangsa seseorang dan sekaligus juga menjelaskan mengenai namanya.
Maka
itu, di negara kita ini, jika namanya tidak ada ciri-ciri keislaman, maka dia
dianggap bukan Islam. Jadi, bayangkan jika seorang yang bernama ’Tan Ken
Ten’ mengatakan dia seorang Islam, sudah tentu akan menimbulkan was-was atau
keraguan orang ramai.
Ini
kerana nama itu melambangkan seorang Cina dan bukan Islam. Itu kefahaman
atau penerimaan yang berlaku di negara kita.
Sebenarnya
tidak ada salahnya, nama Tan Ken Ten untuk digunakan oleh orang
Islam. Tetapi seperti yang dijelaskan sebelum ini, ia akan menimbulkan
kekeliruan orang ramai. Maka, elok jika nama Islam digunakan untuk
mengelak salah faham.
Pun,
jika masih ingin kekalkan nama itu, teruskanlah. Jangan jadikan halangan
orang bukan Islam untuk memeluk Islam disebabkan tidak mahu menukar nama.
Sebab
itu, amat penting penyataan mengenai agama dimasukkan di dalam kad
pengenalan. Orang Islam perlu mempertahankan keperluan ruangan agama
dikekalkan di dalam kad pengenalan. Memang ada cadangan pihak tertentu
ingin menghilangkan perkataan ’agama’ dalam kad pengenalan.
Penggunaan
nama keluarga atau surname masih dibolehkan dengan syarat nama tersebut membawa
makna yang baik kepada agama asalnya. Kalau sudah terang-terangan namanya atau
nama bapanya sebelum Islamnya membawa maksud tidak elok seperti Rama, Sita yang
merupakan nama tuhan bagi penganut agama Hindu, maka wajiblah dia menukar
namanya.
Menyentuh
mengenai mengekalkan nama keluarga (surname) pada kebanyakan nama saudara baharu,
ia adalah sesuatu yang patut dikekalkan jika kena pada tempatnya.
Perkara
ini bersesuaian lagi dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) pada tahun 2003. Saudara-saudara baharu tidak diwajibkan lagi
menggunakan ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah.
Sebaliknya,
mereka diberi pilihan untuk menggunakan nama bapa asal atau bapa kandung
mereka. Kelonggaran yang diberikan oleh Jakim secara tidak langsung membantu
saudara-saudara baru ini membina hubungan yang baik dengan keluarga kandung.
Bagaimanapun,
pastikan nama tersebut baik pada maknanya kerana nama adalah identiti
pengenalan umat Islam dan kurang manis sekiranya penganut agama Islam tidak
dibenarkan menggunakan nama-nama baik yang disarankan kerana mereka berhak menamakan
diri mereka seperti yang diingini.
No comments:
Post a Comment