Tuesday, 25 March 2025

JEPUN BANGKIT HASIL KEKUATAN ILMU

 
Pada 6 Ogos dan 9 Ogos 1945, Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki yang memusnahkan kedua-dua bandar tersebut. Pada 9 Ogos pula, Rusia melancarkan serangan mendadak ke kedudukan Jepun di Manchuria.
 
Akibat kedua-dua kejadian itu, Maharaja Jepun memerintahkan Dewan Penasihat Tentera untuk menerima syarat-syarat yang ditawarkan Pihak Berikat berkaitan menyerah kalah dan menamatkan perang.
 
Upacara Penyerahan Kalah diadakan pada 2 September 1945 di atas kepal perang Amerika Syarikat Missouri. Dokuman itu telah ditandatangi oleh Pejabat Pemerintah Jepun yang secara rasminya menamatkan Perang Dunia Kedua.
 
Setelah berakhirnya perang, Maharaja Jepun,  Hirohito tidak bertanya berapa banyak anggota tentera yang masih hidup, namun baginda bertanya kepada jenderalnya "Berapa jumlah guru yang masih hidup?
 
"Kita telah kalah kerana kita tidak belajar. Kita kuat dalam strategi perang, tapi tidak tahu cara membuat bom sedahsyat itu. Maka kumpulkan sejumlah guru yang masih hidup di seluruh pelosok negara ini, kerana sekarang kepada merekalah kita akan bertumpu, bukan kepada kekuatan pasukan!" – Maharaja Hirohito