Malaysia melakar sejarah baharu dalam pembangunan sistem
pengangkutan negara dengan peluncuran penyempurnaan dan pengoperasian Landasan
Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru pada 11 Disember 2025.
Projek sepanjang 192 kilometer itu melengkapkan penghubung
terakhir rangkaian tren elektrik dari Padang Besar sehingga Johor Bahru, sekali
gus menandakan satu lonjakan besar dalam transformasi mobiliti negara.
Projek dimiliki Kementerian Pengangkutan (MOT) itu
membabitkan 11 stesen merangkumi Segamat, Genuang, Labis, Bekok, Paloh, Kluang,
Mengkibol, Renggam, Layang-Layang, Kulai dan JB Sentral.
Ia sekali gus melengkapkan rangkaian perkhidmatan tren
elektrik (ETS) dari utara ke selatan Semenanjung dan mempercepat perjalanan serta
menyokong pembangunan mampan di wilayah selatan.
Penumpang kini menikmati perjalanan lebih pantas dan efisien
apabila tempoh antara KL Sentral dan JB Sentral, dipendekkan kepada empat jam
20 minit berbanding tujuh jam sebelum ini dengan kelajuan sehingga 140
kilometer per jam.
Pembinaan landasan ini menuntut ketepatan kejuruteraan yang
tinggi termasuk jambatan, stesen, depot sehingga sistem sokongan.
Setiap komponen dibina mengikut piawaian bertaraf dunia bagi
mencapai prestasi dan kecekapan terbaik.

No comments:
Post a Comment