Saturday 16 December 2017

CAMERON HIGHLANDS PENGELUAR UTAMA TEH

Nama Cameron Highlands memang telah terkenal sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi.  Cemeron Highlands terletak di Banjaran Titiwangsa di negeri Pahang berhawa sederhana.  Di sebalik itu, Cameron Highlands juga terkenal sebagai pengeluar teh tanah tinggi terbesar negara.

Malah antara daya tarikan utama pengunjung ke Cameron Highlands ialah hendak melawat ladang teh.  Pemandangan indah ladang teh yang luas saujana mata memandang hanya dapat disaksikan di Cemeron Highland.

Ladang teh di Cameron Highlands mula dibuka sejak tahun 1926.  Kawasan tersebut dipilih memandangkan teh yang ditanam di tanah tinggi lebih bermutu tinggi.  Suhu di Cemeron Highlands antara 14 hingga 23 darjah Celsius. 

Dua kawasan utama ladang teh di Cemeron Highlands ialah di Ringlet dan Sungai Palas. Kilang memproses teh pertama di Sungai Palas milik sebuah syarikat pengeluar utama teh masih lagi beroperasi dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong untuk melihat proses pengeluaran teh.

Jika berkunjung ke Cameron Highlands melalui Tapah, sebelum sampai ke Tanah Rata, bandar utama di Cameron Highlands, pengunjung berpeluang singgah di salah sebuah ladang teh terbesar. 

Ladang tersebut terletak di tepi jalan utama dan terdapat anjung yang disediakan untuk pengunjung bersantai melihat pemandangan indah sambil menghirup air teh di kafetaria.  Selain kafetaria, terdapat gerai khas menjual teh dan cenderahati.  



No comments:

Post a Comment