Friday 14 May 2021

SENI MENJADI SAHABAT DI FACEBOOK

Apabila kita menjadi sahabat kepada orang lain dalam Facebook, lakukan ini supaya mereka suka mendapat kawan macam kita:

1. Paling tidak, sebelum tidur kita ambil sedikit masa bagi membaca posting yang melintas di newsfeed kita.

2. Tulis komen yang menyejukkan hatinya apabila dia baca ayat-ayat komen kita.

3. Kita suka beri LIKE dan emoji positif. Cara itu kita bantu postingnya naik dan lalu di newsfeed lebih banyak orang.

4. Apabila kita suka membaca postingnya dan kita setuju dengan tulisannya, kita beri LIKE dan tulis 'setuju'.

5. Apabila kita tidak setuju, kita baca saja, tidak komen apa-apa.

6. Apabila dia berdoa, kita aminkan.

7. Apabila dia tidak sihat, kita doakan.

8. Apabila dia menjalankan aktiviti kebajikan, kita puji.

FB: Puan Ainon Mohd


 

No comments:

Post a Comment