Wasiat
adalah pesanan atau peringatan. Raja Melayu ada mewasiatkan dan menyerahkah
tanggungjawab kepada rakyat untuk dilaksanakan. Ia dipanggil 7 Wasiat Raja
Melayu.
Di
negara kita, sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan mula dilaksanakan sebaik
negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sistem ini hasil cadangan
Jawatankuasa Lord Reid yang bertanggungjawab menyediakan draf Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Ini
bermakna, kedudukan Raja yang sebelum itu bersifat mutlak telah melalui proses
‘legal-rasional’ seperti yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan
Persekutuan dalam perkara berkaitan kedudukan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong
dan Raja-Raja Melayu.
Pada
dasarnya, Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara berperanan sebagai
‘payung’ atau pelindung kepada seluruh rakyat Malaysia.
Peranan
sebagai Ketua Negara ini tidak boleh dipisahkan daripada persoalan mengenai
keselamatan keseluruhan Persekutuan Malaysia. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan
juga meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Angkatan
Bersenjata bagi Malaysia.
Kedudukan
dan peranan ini membangkitkan ‘memori sentimental’ seperti ‘Raja dan rakyat
berpisah tiada’ yang menggambarkan pertautan erat antara Raja dan rakyat
seperti berlaku ketika keagungan pemerintahan Raja-Raja Melayu dulu.
Walaupun
Raja yang ada pada hari ini tertakluk kepada Perlembagaan, institusi Raja masih
dilihat penting dalam sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di negara ini.
TUJUH
WASIAT RAJA MELAYU
- Kami
namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung
Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
- Kami
isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan
untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah
simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama
kaum lain
- Bagi
menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu,
kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam
negara dan ancaman luar
- Kami
kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara
ini
- Kami
isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan
- Kami
tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu
- Kami
amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. (kemudian
ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
No comments:
Post a Comment