Sebab harga musang king murah. Harga durian musang king jatuh
mendadak, mencecah paras terendah serendah RM5 hingga RM20 bagi setiap kilogram
berbanding harga kayangan sebelum ini yang boleh mencecah sehingga RM70
sekilogram bagi gred A.. Kejatuhan harga ini disebabkan oleh fenomena "tsunami
durian" yang menyebabkan lebihan bekalan yang luar biasa.
Peningkatan pengeluaran tahun ini (2026) agak ketara berbanding
tahun 2025 dan 2024 menyebabkan lambakan bekalan. Selain durian .musang king,
varieti lain juga berbuah lebat, termasuk durian kampung.
Punca lain lambakan buah turut disebabkan banyak buah bersaiz
kecil (gred C) yang tidak memenuhi piawaian eksport ke luar negara.
Petani terlepas peluang untuk menikmati untung besar pada
tahun ini, sedangkan pembeli pula berpeluang untuk menikmati durian premium
dengan harga murah.
Diharapkan dengan adanya pembeli mengambil kesempatan harga
murah ini, harga menjadi lebih stabil dengan kedua-dua pihak mendapat kebaikan.



No comments:
Post a Comment