ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan
tidak akan membenarkan syarikat rokok elektronik atau vape mengeluarkan produk
mereka di negara itu.
Beliau yang sering menasihatkan rakyatnya
menghentikan tabiat merokok dan minum arak juga mengarahkan menteri
perdagangannya tidak membenarkan penghasilan vape di Turki.
Katanya, syarikat tembakau menjadi kaya
dengan meracuni orang ramai.
“Mereka minta kami beri kebenaran untuk
menghasilkannya e-rokok. Kami tidak akan sesekali membenarkan," katanya
tanpa menyatakan nama syarikat itu.
Meskipun menghisap vape tidak menyalahi
undang-undang di Turki tetapi membeli atau mengedarkan e-rokok adalah haram di
negara berkenaan.
Bagaimanapun ramai yang membeli e-rokok
melalui pengedar atas talian yang turut menyediakan cecairnya.
Pada 2013, Angkara kerajaannya mengharamkan
semua iklan, promosi dan tajaan produk alkohol serta tembakau di Turki.
Menghisap vape yang dianggap pilihan lebih
selamat berbanding menghisap tembakau tidak dikawal di kebanyakan negara.
Bagaimanapun baru-baru ini, Australia,
Brazil, India dan Jepun ini juga melarang atau mengehadkan pemasaran e-rokok.
Sementara itu, Amerika Syarikat pula telah
mengumumkan rancangan untuk mengharamkan penjualan e-rokok berperisa. - Agensi
No comments:
Post a Comment