
Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sedang dalam proses meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan hukuman atas kesalahan membabitkan golongan lesbian, gay, bisexsual dan transgender (LGBT).
Hukuman
sedia ada dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun, enam kali sebatan dan
denda dilihat ringan.
Agensi
agama dan jabatan agama negeri sepatutnya mempertingkatkan penguatkuasaan
dengan mengambil tindakan tegas terhadap golongan berkenaan.
Ia membabitkan tindakan ke atas individu yang berpakaian kurang sopan,
bertentangan adat, bercanggah dan bercanggah dengan enakmen jenayah syariah di
negeri-negeri.
Ketegasan
ini disuarakan susulan tiada ketegasan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.
Golongan
LGBT melakukan perkara luar tabie untuk puas nafsu sarakah dan ghairah tidak
menentu.
Tindakan tidak normal dan cuba mencabar kejadian Allah yang telah menetapkan
aturan dan cara terbaik untuk memuaskan nafsu secara murni dan mendatangkan
kebaikan kepada pelakunya, keluarga, masyarakat dan seluruh alam ini.
Justeru itu, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit
dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana
sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala
daripada Allah SWT.
Di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut ditimpa
bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay.
Sedangkan
apa yang berlaku sekarang lebih teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis
seks songsang iaitu lesbian, biseksual dan transgender.
Untuk menghalang daripada amalan ini merebak di negara kita, antara langkah
yang perlu diambil ialah menolak mana-mana pemimpin yang memperjuangkan hak
golongan ini.
Pemimpin
itu perlu dijauhi, tidak melakukan kerjasama atau apa-apa hubungan, termasuk
dalam hal-hal lain.
Jika individu menyokong perjuangan golongan LGBT diangkat menjadi pemimpin,
bermakna turut menyokong atau bersetongkol dengan perjuangan mereka.
Sesungguhnya bala besar bakal menimpa negara jika LGBT diterima sebagai satu
amalan.
Amalan LGBT yang semakin diterima di Barat, sama sekali tidak sesuai untuk
rakyat Malaysia yang beragama Islam, mahupun bukan Islam.
Nilai-nilai
Timur yang diamalkan dalam kehidupan rakyat Malaysia menolak amalan songsang
LGBT. Maka itu, sesiapa yang membawa atau ingin mengamalkan amalan LGBT perlu
ditolak sama.
Perihal
sikap manusia melawan tabie kejadian ini berlaku pada zaman Nabi
Lut. Kisah gay ada diceritakan dalam al-Quran.
Firman
Allah bermaksud: "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia,
dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu
adalah orang-orang yang melampaui batas.”(Surah Asy-Syuaraa, ayat 165-166).
Ajakan Nabi Luth agar umatnya kembali kepada kehidupan yang benar ditolak oleh
umatnya. Malah mereka perli Nabi Luth agar turut sama melakukan amalan penuh
kepura-puraan itu.
Sebagai balasan, umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara diterbalikkan bumi
lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi.
Selama
ribuan tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini
berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.
Kita
harapkan tidak ada pihak mengamalkan seks songsang ini dan tidak ada pula yang
menjadi penyokong mereka. Sesungguhnya amat pedih balasan daripada Allah SWT
terhadap mereka yang ingkar kepada perintah dan syariat yang telah ditetapkan
agama kepada seluruh manusia.
Mengapa
kita memilih jalan hidup yang salah, sedangkan yang benar itu lebih baik dan
mengelak keburukan. Hanya orang gila dan hilang panduan hidup yang
mengamalkan perkara buruk, sedangkan perkara baik ada terhidang untuk
dilakukan.
No comments:
Post a Comment