Kereta api yang
beroperasi di Malaysia milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ada dua jenis
utama dari segi penjanaan tenaga untuk bergerak dan keperluan lain untuk
operasi iaitu kereta api diesel dan kereta api elektrik.
Kereta api (tren) diesel bergerak menggunakan enjin bahan
api diesel dan sesuai untuk laluan jarak jauh luar bandar atau di laluan
landasan yang tiada kabel elektrik..
Tren elektrik pula menggunakan kuasa elektrik yang
dibekalkan melalui alat talian atas.Kabel ini menyalurkan tenaga kepada kereta
api elektrik melalui pantograf yang bersentuhan dengan kabel di atas landasan.
Tren elektrik lebih pantas, senyap dan mesra alam, sesuai
untuk perkhidmatan komuter dan beroperasi ke kawasan bandar. Kini lebih 1/4
daripada rangkaian kereta api dunia terdiri daripada rangkaian elektrik.
Kebanyakannya tertumpu di Eropah Barat dan Asia (Jepun, China dan India).
Setiap jenis ada kelebihan tersendiri, tapi matlamat tetap
sama, membawa penumpang ke destinasi dengan selamat dan selesa.
Sebelum diperkenalkan kereta api diesel, operasi kereta api menggunakan
kereta api wap. Bahan bakarnya boleh menjadi sama ada arang batu, kayu dan
minyak, walaupun arang akhirnya menjadi dominan. Bahan bakar digunakan untuk
memanaskan air, menghasilkan wap, menggerakkan piston dan seterusnya
menggerakkan tayar-tayar melalui rod gandingan (coupling rod).
Pertrol dan hidrogen juga digunakan untuk menggerakkan enjin
kereta api, tetapi penggunaannya sangat minima dan tidak meluas di seluruh
dunia.
Gambar - DMU menggunakan enjin diesel