Aurat
diambil dari perkataan Arab 'aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam
istilah fiqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang
wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka
aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
PERINTAH
MENUTUP AURAT
Perintah
menutup aurat telah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-ahzab ayat 33
yang bermaksud: "Dan
hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri
seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah
sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan rasulnya.
Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak
menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu
Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala
perkara yang keji)."
Jelaslah
kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya
perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah lainnya.
Dengan
menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh
mereka yang ingin mengambil kesempatan. Wanita yang menutup aurat akan mudah
dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka
dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya.
Maka berlakulah perkara-perkara sumbang, dengan itu juga akan timbullah
berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
ASAS
AURAT
Islam
telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki
adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah
menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat
lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama
iaitu antara pusat dan lutut.
Batas
aurat wanita:
1. Aurat
ketika sembahyang
Aurat
wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak
tangan.
2. Aurat
ketika sendirian.
Aurat
wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini
bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat
ketika bersama mahram.
Pada
asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut.
Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan
yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara
ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutana dalam menjaga
kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu,
pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki.
Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang
lengkap dan labuh.
Syarak
telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang
wanita iaitu:
- Suami
- Ayah,
termasuk datuk belah ibu dan bapa
- Ayah
mertua
- Anak-anak
lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
-
Anak-anak suami. Dalam
perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita
tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
- Saudara
lelaki kandung atau seibu atau sebapa
- Anak
saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
- Anak
saudara dari saudara perempuan
- Sesama
wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
- Hamba
sahaya
- Pelayan
yang tidak ada nafsu syahwat
-
Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu,
bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita
dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-Quran
dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua
mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang
yang beriman, supaya kamu berjaya".
Imam
Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi
kepada dua makna iaitu:
-
Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir,
hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
-
Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki
dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4. Aurat
ketika di hadapan lelaki bukan mahram
Kewajipan
menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu
dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak
diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara
ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan
terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan
sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita
yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu
suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh
suami.
Oleh itu,
wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan
orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat
ketika di hadapan wanita kafir
Aurat
wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup
keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat
Ketika Bersama Suami
Apabila
seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari
pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan
aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat
terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila
berhadapan dengan suaminya.
Muawiyah
bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah
aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda
menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi
milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai
orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab:
"Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku
masih bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi
sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah
daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
No comments:
Post a Comment