Remaja
mudah tertarik unsur berkaitan seks. Imagenasi berkaitan seks mudah menguasi
minda remaja hasil rangsangan naluri semulajadi manusia. Tindakan itu sesuai
dengan peringkat umur remaja yang mula mengenali erti hubungan lelaki dan
perempuan.
Tahap
pemikiran remaja belum matang sepenuhnya. Mereka mudah terpengaruh dan menerima
apa yang dilihat dan didengar. Sebenarnya remaja secara psikologinya berada di
peringkat metamorfosis genting sebelum mencapai usia matang. Pada peringkat
tersebut, remaja perlu banyak diberi bimbingan dan bantuan dalam menghadapi
pelbagai pengaruh negatif yang sentiasa dicipta oleh pihak tidak
bertanggungjawab.
Soal
pengaruh seks di kalangan remaja sepatutnya mendapat perhatian utama semua
pihak. Berdasarkan satu kajian mendapati lebih 50 peratus remaja di bandar
mengaku pernah terlibat atau melakukan perbuatan berkaitan seks, sama ada
melakukan hubungan seks, bercumbuan dan salah laku berkaitan seks seperti ononi
dan menonton filem lucah.
Justeru,
tidak lagi menjadi perkara gempar jika diketahui ada remaja perempuan yang
masih bersekolah disahkan mengandung dan melahirkan anak. Kejadian seperti itu
membuktikan betapa masalah sosial seks di kalangan remaja sudah berada di tahap
membimbangkan dan memerlukan tindakan segera semua pihak untuk mengatasinya
sebelum semakin merebak.
Peluang
menonton filem yang mempamerkan aksi ghairah mudah merangsang kehendak remaja
ingin mengetahui lebih lanjut dan kemudiannya melakukan perbuatan berkaitan
seks. Sebab itu ramai remaja sanggup menghadapi apa juga kemungkinan akibat
perbuatan itu. Sesungguhnya tarikan terhadap filem lucah lebih kuat dan
mendorong minat meluap-luap.
Sesungguhnya
remaja yang sudah melepasi tahap kematangan organ seks lebih mudah terpengaruh
atau cenderung mengenai seks. Justeru, menonton filem atau buku lucah dijadikan
jalan mudah mengetahui mengenai seks dan menikmati kepuasannya.
Dunia
tanpa sempadan memudahkan remaja mendapat kandungan berunsur lucah. Jika
dahulu, remaja hanya mengharapkan VCD dan buku lucah di pasaran gelap, nama
sekarang ini ia dibawa dengan mudah masuk ke dalam rumah atau di mana-mana
sahaja dengan kemudahan internet. Mereka boleh menonton di mana-mana sahaja
melalui komputer mahupun gajet telekomunikasi seperti telefon pintar yang
rata-rata dimiliki oleh remaja.
Dipercayai
operasi pengedaran bahan lucah disokong oleh musuh-musuh Islam. Apabila ramai
remaja Islam terpengaruh dengan bahan lucah, maka sebahagian kekuatan umat
Islam telah hancur. Umat yang diracuni virus bahan lucah sentiasa melakukan
pelbagai kesalahan berkaitan seks dan perbuatan terkutut lain.
Tidak
dinafikan remaja memerlukan pengetahuan berkaitan seks, tetapi bukan melalui
bahan lucah atau melakukan salah laku seks. Sebaliknya pendidikan berkaitan
boleh diperoleh melalui buku-buku agama, buku psikologi, buku panduan kesihatan
dan sebagainya.
Menonton
tayangan lucah sering dikaitkan sebagai perangkap mendorong melakukan hubungan
seks. Lelaki sengaja mempelawa perempuan untuk sama-sama menyaksikan video
lucah agar mudah terangsang untuk melakukannya.
Sebab
itu awal-awal lagi perempuan perlu berhati-hati dan mengelak daripada tindakan
mencurigakan. Biarpun siapa lelaki itu, kekasih, teman rapat dan tambah lagi
baru dikenali, jangan mudah terpengaruh dengan sebarang ajakan yang meragukan
tujuannya.
Sesungguhnya
pergaulan bebas dan hubungan intim antara lelaki dan perempuan mudah mendorong
berlakunya hubungan seks. Sebab itu Rasulullah telah mengingtkan agar lelaki
dan perempuan tidak berada berdua-dua di tempat terlindung.
Didikan
agama dan budi pekerti mulia merupakan cara terbaik mengelak remaja terbabit
dengan gejala jenayah seks. Ibu merupakan orang paling bertanggungjawab
mendidik anak-anak ke arah itu. Amat malang jika ibu bapa sendiri ketagih video
lucah yang ditonton bersama-sama dengan anak remaja.
No comments:
Post a Comment