Saturday 21 March 2020

BERTINDAK GANAS KUAT KUASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang menafikan mengenai rakaman nota suara mendakwa anggota tentera diberi kuasa memukul orang awam dan mesej mohon bantuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menguat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular di media sosial, hari ini.

Markas ATM dalam kenyataan semalam meminta masyarakat berhenti menyebarkan nota rakaman dan mesej berkenaan serta-merta kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Tidak dinafikan, kalangan rakyat mula 'takut' dan panik apabila dikatakan tentara akan terlibat dalam menguatkuasakan PKP. Mereka sekali lagi berpusu-pusu pergi ke kedai untuk membeli barang keperperluan seperti mula-mula kerajaan mengumumkan PKP.

Hakikatnya, masyarakat juga tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara. Kehadiran mereka untuk membantu pihak berkuasa awam dalam memelihara keamanah negara.

Justeru, pihak tentera tidak mengambilalih tugas pihak berkuasa awam lain. Mereka hanya membantu dan tiada kekerasan akan digunakan.

Apa yang penting sekarang ini bukan berkaitan dengan penyertaan ATM dalam menguatkuasa PKP, tetapi sikap orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi PKP supaya usaha membendung penularan Covid-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Kepada warganet, berhati-hatilah ketika di media sosial. Setiap apa yang ada tulis atau rakam akan mempengaruhi orang ramai, terutama yang tidak mengetahui perkara sebenar.

Anggota ATM yang bertugas tidak akan melakukan perbuatan melepang, humban muka atas jalan atau pijak muka dengan kasut but. Itu bukan kuasa anggota ATM dan bukan juga tindakan mana-mana badan penguatkuasa lain.

Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

No comments:

Post a Comment