Bagaimana cara menentukan masa berbuka ketika
dalam musifir atau menaiki kapal terbang? Orang bermusafir dibenarkan tidak
berpuasa, tetapi banyak juga yang terus berpuasa. Timbul persoalan tentang masa
berbuka, adalah mengikut tempat dia mula berpuasa atau masa di tempat di mana
dia berada ketika itu?
Maka, dalam hal ini hendaklah difahami firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib)” (Surah al-Baqarah, ayat
187)
Maka, berasal daripada ayat ini, perlu untuk difahami bahawa waktu iftar atau berbuka hendaklah apabila tibanya waktu malam. Hal ini jelas seperti mana yang hadis yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Jika malam menjelang daripada sini (arah timur) dan siang pergi daripada sini (arah barat), dan matahari terbenam, maka orang yang berpuasa hendaklah berbuka” (Hadis riwayat Bukhari)
Imam al-Nawawi pula menyatakan bahawa: “Selesai dan sempurnanya puasa itu dengan terbenamnya matahari seperti mana yang disepakati oleh seluruh orang Islam. Lihat al-Majmu’ (6/304)
Hal ini turut disebutkan oleh Dar al-Ifta’ al-Misriyyah dalam menjawab persoalan orang yang hendak berbuka puasa di udara, dengan menyebut bahawa:”Orang yang berpuasa yang sedang bermusafir di udara berbuka apabila tenggelamnya matahari pada penglihatannya, pada tempat dia sedang berada ketika itu, bukanlah berdasarkan waktu negara asalnya atau negara yang sedang dilaluinya, tetapi ketika tenggelamnya matahari keseluruhan lingkarannya berdasarkan pandangan matanya
Maka jelaslah bahawa waktu berbuka itu berdasarkan tempat setiap orang yang berpuasa itu berada. Bukan berdasarkan waktu negara asal, negara yang dilalui apatah lagi negara yang dituju meskipun waktu-waktu tersebut dipaparkan secara tepat di dalam kapal terbang.
Oleh itu, hendaklah orang yang berpuasa memastikan bahawa waktu malam benar-benar telah masuk. Maka, para fuqaha’ menerangkan kaedah menentukan waktu malam berdasarkan situasi-situasi tertentu terutamanya sekiranya kapal terbang melalui kawasan yang menghalang untuk melihat matahari.
Hal ini diterangkan oleh Ibn Daqiq al-‘Aidh:”Dan kedudukan (orang yang melihat matahari terbenam) berbeza-beza. Sekiranya di antara orang tersebut dan lingkaran matahari itu terhalang, maka tidak cukup dengan sekadar terbenamnya lingkaran matahari daripada pandangan mata, (hendaklah orang yang terhalang) mengambil bukti (telah masuknya waktu Maghrib) dengan melihat datangnya waktu malam dari arah timur.” Lihat Ihkam al-Ahkam (1/166).
- SUMBER

Baca juga:
No comments:
Post a Comment